Photoblog: Pasukan keselamatan pastikan himpunan Bersih lancar

JOHOR BAHRU – Pemantauan dan kerjasama penuh yang diberikan oleh pihak keselamatan RELA , pasukan penguatkuasa MBJB dan khususnya pasukan polis Johor

Anggota pasukan keselamatan berjaya bantu kelancaran perhimpunan Bersih di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini.

Mereka berada di sekitar kawasan dataran MBJB seawal pukul 12.00 tengahari untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Peserta perhimpunan Bersih 3.0 mula berkumpul pada jam 1.00 sebelum berarak menuju ke arah dataran MBJB.

01:35pm Seorang anggota polis trafik yang memantau keadaan trafik di persimpangan Jalan Sungai Chat

 

02:00pm Anggota polis trafik menjaga lalulintas di Jalan Skudai ketika peserta Bersih 3.0 mula bergerak dari persimpangan Jalan Sungai Chat menuju ke Dataran Bandaraya
02:01 Peserta perhimpunan Bersih 3.0 berhenti seketika kerana menyangka pihak polis menghalang mereka untuk terus mara ke Dataran Bandaraya
02:03 Peserta Bersih 3.0 meneruskan perjalanan menuju Dataran Bandaraya setelah seorang pegawai polis memberikan kebenaran
02:06 Pihak RELA juga membantu pihak polis menjaga kelancaran lalulintas dan memberi laluan kepada peserta Bersih 3.0 menuju ke Dataran Bandaraya
02:08pm Anggota polis memantau peserta Bersih 3.0 yang datang dari persimpangan Jalan Sungai Chat dan Waterfront City yang bertemu di Jalan Lingkaran Dalam.
02:08pm Anggota keselamatan Majlis Bandaraya Johor Bahru juga memantau pergerakan peserta Bersih 3.0 di Jalan Lingkaran Dalam
02:14pm Aggota polis memerhati peserta Bersih 3.0 memasuki kawasan Dataran Bandaraya
02:35 Anggota keselamatan MBJB dan pihak polis memantau perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Bandaraya
02:36 Ketua Polis Johor, Mohd Mokhtar Mohd Shariff turut turun padang memantau perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Bandaraya

 

Amirull Salihing