Dalam satu majlis penyampaian kupon skim AL-It’am baru baru ini, ADUN Wakaf Bharu, Hj Che Abdullah Mat Nawi dalam ucapannya turut mendedahkan penipuan yang berlaku dalam pendaftaran pengundi baru sepanjanag tahun ini.
Menerusi taktik kotor ini, katanya, kawasan Wakaf Bahru sekarang menpunyai penambahan bilangan pengundi baru yang luarbiasa dan sekiranya penipuan spaerti ini tidak dibenteras, kemungkinan besar PAS akan mengalami kekalahan di negeri Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang.