Pesta Kaamatan Kg Bukitas Penampang

PENAMPANG – Bulan Mei, Kaum Kadazan Dusun Murut ( KDM) di negeri Sabah akan meraikan Pesta Kaamatan.

Pesta Kaamatan Kampung Bukitas telah dirasmikan oleh ahli dewan undangan negeri bagi kawasan Moyog, Donald Mojuntin, pada Mei 12, 2002.

Donald di dalam ucapannya memohon masyarakat tempatan untu mangamalkan perpaduan dan kebudayaan tanpa mengira ideology politik.

Pesta ini yang diraikan oleh kaum Kadazan Dusun Murut pada setiap penghujung bulan Mei.

Salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu semasa pesta ini adalah pertandingan Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik,

Unduk Ngadau ini dikaitkan dengan lagenda Huminodun yang bermaksud korban yang  merujuk kepada anak perempuan Kinoingan serta isterinya Suminundu.

Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan Huminodun kepada semangat tanah sebagai balasan untuk bagi mendapatkan tanaman yang menguntungkan kepada manusia seperti yang disebut dalam lagenda Huminodun.

See also  Celebrate the arrival of 2025 in style at The Exchange TRX

Pada satu masa, kaum Kadazan Dusun pernah melalui  peristiwa pahit di mana  bencana kebuluran melanda kerana tiada sumber makanan.

Kinoingan berasa kasihan ke atas mereka yang menderita dan telah mengorbankan badan Huminodun sebagai galang ganti kepada bumi dan kemudian ia tumbuh sebagai tumbuhan seperti.

Keraian ini juga dikatakan mempunyai kaitan mengenai jelmaan semangat Huminodun berhayat Kakanan (Tajau)  yang kembali selepas tujuh hari dia dikorbankan.

Maka sebab itulah Pesta Kaamatan diraikan dengan minuman tradisi seperti Tapai yang diperbuat daripada beras dan diperam dalam Tajau yang disediakan.

Tadau Kaamatan disambut pada setiap tahun bagi meraikan hasil tanaman selepas musim menuai demi memperingati  Huminodun.

See also  Immersio 2024: A stunning new media art festival

Bycane_Elen