Tanggal 28 April 2012 telah meninggalkan satu kesan yang yang amat mendalam kepada rakyat Malaysia di peringkat akar umbi tentang kesedaran untuk memulihkan integrasi ketelusan badan bertanggungjawab dlm organisasi piliharanraya umum Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR).
Kesedaran yang cuba disimbolikkan dengan himpunan besar besaran yang sepatutnya berlaku secara aman itu di Dataran Merdeka telah bertukar menjadi satu rusuhan yang tidak sepatutnya.
Isu “Bersih 3.0” ini telah menjadi satu titik tolak kepada golongan muda negara ini terutamanya gerakan mahasiswa dalam mengadakan perkongsian dan membina persefahaman di kalangan mereka terhadap isu isu penting berkaitan negara.
Selaras dengan itu baru baru ini pada 12hb Mei 2012, satu sidang meja bulat membincangkan “Bersih 3.0 dan Masa Depan Malaysia” telah dianjurkan oleh Instititut Forum Siswa ( i- FORSIS) dan telah dihadiri oleh pelbagai gerakan muda Islam di Malaysia.
Di antaranya adalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan sayap wanitanya Srikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma) dan juga Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma).
Dalam perbincangan di sidang meja bulat tersebut beberapa resolusi telah dipersetujui oleh gerakan gerakan Islam yang hadir dalam menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap isu isu yang berlaku di dalam negara.
Antara cadangan menarik yang dikemukakan adalah dengan menghidupkan semula “Speaker’s Corner” , dialog bebas dan program baktisisiwa untuk meningkatkan semula nilai nilai idealisme dan aktivisme siswa serta pernyertaan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat di Malaysia.
Usaha bersama di kalangan gerakan mahasiswa juga amat penting dalam mencari kata sepakat dan penyelesaian terhadap pelbagai isu yang berkait rapat dengan rakyat Malaysia umumnya dan umat Islam khasnya.
Sidang meja bulat itu juga menyokong penuh semua lapan tuntutan Bersih 3.0 dan mendesak agar segala tuntutan itu dilaksanakan oleh pihak SPR dan kerajaan sebelum tarikh pilihanraya umum ke- 13.
Di samping itu juga, mahasiswa menyeru agar ahli politik di negara ini dapat bergiat di dalam arena politik secara matang dan tidak lagi menggunakan taktik politik murahan dan kotor agar kewibawaan mereka di mata masyarakat akan sentiasa di hormati.
Mahasiswa juga sepakat dalam usaha untuk meningkatkan nilai kematangan dalam menangani isu isu semasa ,masyarakat dan juga ummah selaras dengan tahap intelektual mereka sebagai anak muda yang terpelajar. Di samping itu juga kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab mereka sebagai pembela masyarakat dan sebagai “spoke person” ummah harus diberi penekanan sedalam dalamnya.
Mahasiswa juga bersetuju menolak sebarang bentuk pemikiran yang meyesatkan minda remaja remaja dan juga menolak terus tindakan tindakan yang langsung melanggar batas batas syarak sebagai seorang Muslim. Oleh itu usaha memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa harus diberi penekanan yang sewajarnya dalam mencapai matlamat bersamadalam menangani isu isu penting di dalam negara.
Mahasiswa juga berasa amat penting sekali agar kesepakatan atas agenda Islam hendaklah melebihi dari sentiment politik yang memberatkan parti parti politik tertentu di dalam negara ini. Di dalam resolusi ini juga mahasiswa diseru agar dapat menyumbang cadangan alternatif atau tambahan terhadap apa jua bantahan ataupun sokongan yang dibuat oleh berbagai bagai pihak di neagara kita ini.
Resolusi sidang meja bulat tersebut juga menyeru agar debat umum atau wacana terbuka di antara Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dapat diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti.