Wacana baru politik Malaysia

KUALA LUMPUR – Transformasi politik itu bukan sahaja telah menjangkau batasan perkauman yang sering dijadikan modal untuk mengongkong dan mengekalkan kuasa politik.

 

Sejak era Reformasi pada tahun 1998 dan juga tsunami politik yang melanda negara pada Pilihanraya Umum 2008 ,Malaysia telah melihat satu perubahan atau boleh dikatakan transformasi baru kepada landskap politik negara.

Transformasi politik itu bukan sahaja telah menjangkau batasan perkauman yang sering dijadikan modal untuk mengongkong dan mengekalkan kuasa politik parti pemerintah ketika ini tetapi juga telah menjangkau transendansi struktur dan budaya sosial warganegara Malaysia yang berbilang majmuk dan amat kompleks ini.

Penglibatan anak anak muda yang mula matang akan pentingnya reformasi politik di sekeliling mereka dan juga kesedaran ilmiah para para ilmuan di negara ini dalam arena semasa politik negara juga telah mencipta satu keadaan di mana pemimpin politik harus segera bangun dari “comfort zone” mereka untuk menghadapi cabaran baru.

Kerjasama baru antara parti politik yang menentang parti pemerintah atas dasar dasar sosial yang baru itu juga telah mengalami satu kejayaan mendadak bagi mereka apabila pakatan yang ditubuhkan telah mendapat satu kejayaan yang di luar dugaan.

Walaubagaimana pun masih ada halangan halangan besar yang cuba menolak arus perubahan ini kerana akibat dari sosio budaya ikatan yang terlampau konservatif dan sempit.

Selaras dengan itu sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Haris Zuan dan Rizal Hamdan telah berkerjasama dengan beberapa bekas pensyarah mereka untuk mengolah dan menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Wacana Baru Politik Malaysia – Perspektif Ruang Awam, Budaya dan Institusi.

See also  KL Art Book Fair returns for its fourth edition

Menurut Chong To Sin wakil dari Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), buku ini mengetengahkan idea idea kritikal anak muda pasca tsunami politik 2008 dan telah digarap sedemikian untuk membincangkan bagaimana suasana perjuangan politik baru ini bakal mengubah landskap politik Malaysia yang terlalu konservatif dan bersifat etno-sentrik.

Pendek kata buku ini tidak hanya membincangkan permasalahan politik yang berlegar di dalam lingkungan parti politik itu sendiri tapi lebih kepada membincangkan permasalahan politik dari sudut dan ruang lingkup yang lebih luas lagi dari segi struktur ekonomi, budaya dan sosial masyarakat di negara kita.

Buku ini juga membincangkan bagaimana kumpulan seni dan masyarakat sivil boleh memainkan peranan penting dalam politik baru ini dan untuk mengembalikan semula ruang awam yang sekian lama dikongkong dan menjadi terlampau berat sebelah untuk pihak pihak tertentu.

Dari sudut politik juga buku ini cuba membincangkan bagaimana senario gelombang politik baru ini bakal mengubah persepsi umum tentang hak asasi manusia dan juga permasalahan isu isu yang berkaitan dengan persoalan gender yang sejak akhir akhir ini menjadi topik utama perbalahan antara penggerak hak sivil dan birokrat birokrat ugama di negara ini.

See also  KL Art Book Fair returns for its fourth edition

Buku ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperkasakan lagi bahan bahan bacaan ilmiah berkenaan isu politiik di negara ini dalam bahasa Melayu. Ia juga diharap dapat mengembelingkan tenaga pemuda pemuda dan intelektual serta akademia di dalam negara ini mampu memberi input secaramatang dan tidak bersifat satu hala.

Zunar kartunis terkenal tanahair juga menyumbang tenaga di dalam buku ini dengan karakter kartunnya yang bersifat kritikal dalam arena politik negara.

Buku terbitan Strategic Information and Research Development Centre, SIRD ini bakal dilancarkan oleh Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada hari Sabtu 26hb Mei 2012.

Serentak dengan itu juga majlis pelancaran tersebut bakal disusuli dengan forum yang bertajuk Bersih 3.0 dan PRU13: Politik Malaysia antara Demokrasi Prosedural dan Radikal.

Forum yang dianggotai oleh panelis seperti Fathi Aris Omar, Fahmi Reza dan Sharaad Kuttan itu akan dimoderasikan oleh Haris Zuan sendiri.

 

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.