Najib: Cemuhan pembangkang tingkatkan jualan KR1M

Najib: Cemuhan pembangkang tingkatkan jualan KR1M

Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Cemuhan dan kritikan yang dilemparkan pembangkang terhadap kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) membantu meningkatkan penjualan di kedai berkenaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Ia didedahkan Najib apabila mendapati semakin banyak cemuhan yang dilemparkan mereka, KR1M semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan KR1M Pekan semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Najib berkata KR1M kini menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja dan ini terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di KR1M Pekan yang mencecah RM20,000 sehari sejak ia mula beroperasi sebulan lalu.

Beliau berkata 85 buah KR1M akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini memandangkan banyak permintaan bagi kedai seperti itu.

“Ke mana saja saya pergi, ramai yang datang dan minta KR1M termasuklah wakil rakyat yang mahukan kedai itu dibina di kawasan mereka,” katanya.

Permintaan tinggi itu kata Najib jelas menunjukkan projek bantuan rakyat yang dilaksanakan kerajaan terbukti berkesan dan berjaya sejak dulu lagi.

“Projek seumpama ini bukanlah sesuatu yang kita war-warkan tanpa asas tapi ia adalah realiti yang telah terbukti kejayaannya,” kata beliau.

Najib berkata KR1M Pekan merupakan KR1M yang ke-27 dibuka dan yang terbesar di seluruh negara serta bertaraf kompleks membeli-belah.

– Bernama