UMW Toyota jangka jual 93,000 kereta pada 2012

UMW Toyota jangka jual 93,000 kereta pada 2012

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengedar ekslusif kereta Toyota dan Lexus di Malaysia, menjangka menjual kira-kira 93,000 kereta tahun ini.

http://www.toyota.com.my

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pengedar ekslusif kereta Toyota dan Lexus di Malaysia, menjangka menjual kira-kira 93,000 kereta tahun ini.

Presiden UMW Toyota Motor Ismet Suki berkata jualan 89,000 kereta pada 2011 adalah di atas paras jangkaan awal syarikat itu.

“Tahun ini juga dijangka tahun yang menerujakan di mana kami akan melancarkan empat atau lima model baharu dan juga menambah baik sesetengah model sedia ada.”

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Bulan depan, kami akan melancarkan Prius C, versi hibrid lebih kecil model Prius,” katanya selepas pelancaran kereta Toyota Avanza baharu oleh Pengerusi UMW Toyota Motor Tan Sri Asmat Kamaludin.

Ismet berkata jenerasi pertama Toyota Avanza yang dilancarkan pada Oktober 2004 dan sehingga ini syarikat itu telah mencatatkan jualan lebih 140,000 unit.

“Kami menjangka permintaan kukuh dan sasaran jualan tahun ini ialah antara 8,500 hingga 9,000 unit, yang merupakan sekitar 9.5 peratus daripada jualan keseluruhan kami pada 2012.”

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kami mulai mengambil tempahan pada awal Disember dan sehingga 10 Jan, kami telah menerima lebih 710 tempahan,” katanya.

Toyota Avanza baharu itu mempunyai empat model baharu yang dipertingkatkan dengan menampilkan reka bentuk dinamik dengan harga atas jalan antara RM64,590 hingga RM79,590.

– Bernama