Ketibaan pelancong ke Malaysia bergantung kepada perkembangan dunia

Ketibaan pelancong ke Malaysia bergantung kepada perkembangan dunia

Kementerian Pelancongan semalam menjelaskan bahawa ketibaan pelancong asing ke Malaysia tahun ini akan bergantung, antara lain, kepada prestasi ekonomi dan perkembangan global.

Kementerian Pelancongan semalam menjelaskan bahawa ketibaan pelancong asing ke Malaysia tahun ini akan bergantung, antara lain, kepada prestasi ekonomi dan perkembangan global.

Namun, kementerian tetap meneruskan promosi produk pelancongan bagi mengukuhkan sektor itu termasuk pelancongan domestik yang dianggap penting, kata Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan Mona Fairuz Nordin.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Promosi ini meliputi Kempen Pengiklanan Teksi Cuti-cuti 1Malaysia yang dilancarkan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Raub, Pahang, semalam,” katanya.

Kempen itu disertai 41 teksi di daerah itu yang dihiasi dengan iklan promosi pelancongan dan pemandunya juga telah mengikuti Kursus Mesra Malaysia anjuran kementerian dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang pada awal 2011.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Mona Fairuz berkata Malaysia mempunyai banyak destinasi unik yang mampu menarik pelancong seperti di Raub, yang kaya dengan sumber khazanah alam semula jadi yang menarik seperti Hutan Lipur Lata Jarum dan Bukit Fraser selain program inap desa.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kementerian melihat pengangkutan awam seperti teksi sebagai antara pilihan terbaik untuk memberikan pendedahan luas kepada orang ramai mengenai produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.

– Bernama