Pada sidang media 12 tengahari semalam, dewan pemuda PAS Johor telah bercadang untuk mengadakan satu sesi perdebatan antara Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman bersama ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, mengenai isu tanah raykat Johor
Dewan pemuda PAS Johor menawarkan kepada mana-mana pihak misalnya media atau NGO di negeri Johor untuk menjadi penganjur kepada perdebatan ini.
Setakat ini, Salahuddin Ayub sudah pun bersetuju pada cadangan perdebatan ini, kata Suhaizan Kaiat, selaku ketua pemuda PAS Johor.
Tambah beliau, tempat yang selayaknya untuk melangsungkan sesi perdebatan ini adalah di dewan PERSADA, Johor Bahru, akan tetapi ia masih diuruskan oleh pihak penganjur.
Manakala, tarikh, masa, format dan lain-lain juga bergantung kepada pihak penganjur, kata Suhaizan.
Negeri Johor terdapat masalah yang berkaitan dengan tanah yang sering diperkatakan oleh segenap lapisan rakyat, tambah beliau.
Misalnya, isu isu seperti Johor kehilangan Pulau Batu Puteh, penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjung Pagar, peranan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebagai broker tanah kerajaan Johor, projek perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID), Pengerang, kehilangan tanah simpanan Melayu, tanah orang asli, tanah SEDC Tampoi, projek usahasama Taman Desa Kempas yang terbengkalai, peneroka kehilangan tanah Felda Cahaya Baru, tanah Skudai Kiri dan lain-lain lagi.