Polis minta Azmin pastikan PKR patuhi 10 syarat perhimpunan

Polis minta Azmin pastikan PKR patuhi 10 syarat perhimpunan

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak ‘gentleman’, tidak jujur dan tidak amanah Azmin,” katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) semalam bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar,” katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

“Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

“Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan),” katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.

Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008.

– Bernama