Kempen bebas Anwar: PKR bincang dengan polis pagi ini

Kempen bebas Anwar: PKR bincang dengan polis pagi ini

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini berkenaan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Januari.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini berkenaan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Januari.

PKR dalam satu kenyataan berkata perjumpaan itu dijadualkan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan pihaknya adalah dialu-alukan.

Ismail dilaporkan berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada Isnin depan dalam kes pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

– Bernama