Banjir di Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya

Banjir di Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya

Keadaan banjir yang melanda Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir yang melanda Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di TERENGGANU, banjir kali ini menyebabkan lebih 800 penduduk di dua daerah iaitu Besut dan Setiu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut portal banjir kerajaan negeri seramai 64 orang penduduk di Kampung Nyatoh, Setiu merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam.

Di JOHOR, dua pusat pemindahan di Segamat ditutup semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, kesemua 47 mangsa banjir melibatkan lapan keluarga yang ditempatkan di balai raya Kampung Batu Badak dan balai raya Kampung Pogoh 2 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari tadi.

See also  Toppled tree causes major damage in BU 11 Suburbia Park

– Bernama