Seramai 6,866 telah sertai program latihan perfileman

Seramai 6,866 telah sertai program latihan perfileman

Seramai 6,866 peserta telah mengikuti program latihan perfileman membabitkan 239 aktiviti melalui pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) dari tahun 2006 hingga Oktober 2011.

Seramai 6,866 peserta telah mengikuti program latihan perfileman membabitkan 239 aktiviti melalui pelaksanaan Dasar Perfileman Negara (DFN) dari tahun 2006 hingga Oktober 2011, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Beliau berkata aktiviti yang dianjurkan kementerian melalui agensi seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Filem Negara Malaysia (FNM) itu merupakan antara inisiatif kerajaan dalam usaha memasyarakatkan DFN seterusnya memajukan industri perfileman negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penganjuran bengkel kemahiran perfileman, forum, dialog, tayangan dan sebagainya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di Dewan Negara hari ini.

Dr Firdaus bertanya tentang usaha kementerian dalam memasyarakatkan DFN agar difahami semua lapisan masyarakat kerana ia satu dasar penting dan perlu difahami semua pihak.

See also  GMBB celebrates Malaysian life through culture, stories and traditions

D’Cruz berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah meletakkan industri perfileman negara sebagai satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua 18 agensi di bawah kementerian dalam usaha memartabatkan industri itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kepada soalan asal Dr Firdaus berhubung langkah untuk menilai kembali dan memperkasa DFN, D’Cruz berkata beberapa strategi dan pelan tindakan yang komprehensif telah dirangka melalui Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).

“DIKN akan menjadi satu dasar induk yang akan menetapkan prinsip-prinsip asas berhubung pembangunan industri kreatif negara dalam memastikan bidang tersebut mampu menyumbang kepada pembentukan negara yang dinamik dan progresif mengikut acuan kita sendiri,” katanya.

– Bernama

See also  Bharatanatyam maestro Shanmuga Sundaram to perform at Sutra House