Warden trafik DBKL di 10 lokasi tambahan

Warden trafik DBKL di 10 lokasi tambahan

Lokasi penempatan warden trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi kawalan lalulintas kini diperluaskan ke 10 lagi kawasan persimpangan di ibu negara.

Lokasi penempatan warden trafik Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur bagi kawalan lalulintas kini diperluaskan ke 10 lagi kawasan persimpangan di ibu negara.

Ia menjadikan jumlah penempatan warden trafik di kawasan persimpangan kini menjadi 20 lokasi sejak pasukan itu mengambil alih tugasan kawalan itu dari Polis Diraja Malaysia awal November lepas.

Kawasan terlibat ialah sepanjang Jalan Sultan Ismail ke Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Jalan Petaling, Jalan Tun H.S Lee ke Jalan Tun  Razak, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Raja Abdullah, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Razak ke Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Perak ke Jalan Tun Tan Cheng Lock (Pudu Central) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock ke Jalan Kasturi (Pasar Seni).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata penempatan itu merupakan satu lagi contoh inovasi serta hasil pemikiran di bawah Strategi Lautan Biru yang sebelum ini dilihat keberhasilannya melalui kerjasama antara PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.

– Bernama