Ekspo Flora MPK dapat sambutan di luar jangkaan

Ekspo Flora MPK dapat sambutan di luar jangkaan

Penganjuran Ekspo Flora MPK 2011 berjaya mencapai objektif dan menarik perhatian penduduk setempat dalam menghargai alam sekitar serta kepentingan landskap dalam meningkatkan kualiti hidup.

Penganjuran Ekspo Flora Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2011 berjaya mencapai objektif dan menarik perhatian penduduk setempat dalam menghargai alam sekitar serta kepentingan landskap dalam meningkatkan kualiti hidup.

Pengarah Jabatan Taman Dan Rekreasi, Muhammad Hijaz Sanusi berkata,program julung kali diadakan itu menerima sambutan di luar jangkaan dan bakal menjadi aktiviti tahunan majlis pada masa akan datang.

Menurutnya,tema program iaitu ‘Keindahan Alam Adalah Milik Bersama’ secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk menghargai kehijauan setempat.

“Majlis berpuashati kerana objektif kita untuk menerapkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang pentingnya menjaga keindahan sekeliling mendapat reaksi positif penduduk setempat.

“Malah pada masa yang sama pengunjung yang hadir juga dapat membeli beberapa produk antaranya pokok-pokok buah, herba, produk fertigasi, baja organik, produk hiasan landskap dan pelbagai lagi dengan harga yang berpatutan,” katanya.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pesta Flora 2011 yang diadakan di Taman Rakyat,di situ.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan,Yaakob Sapari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas,Dr Xavier Jayakumar, Pemangku Yang Di pertua MPK,Ikhsan Mukri,ahli-ahli majlis,ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.

Hijaz berkata,penglibatan pemimpin setempat termasuk wakil rakyat dan ahli majlis serta komitmen setiap jabatan membolehkan ekspo berkenaan turut dihadiri pengunjung dari luar kawasan itu.

Pada program itu, turut diadakan pertandingan gubahan bunga, pakaian beragam, kuiz, larian denai flora berkumpulan dan tidak ketinggalan pertandingan separuh akhir Band Idol MPK.