Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) akan menganjurkan beberapa siri bengkel penulisan kreatif (Puisi) di kalangan belia di kesemua 11 Felda di seluruh negara tahun depan.
Setiausaha GWGF Kamarulzaman Mohamad berkata bengkel itu yang diadakan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan melahirkan penulis yang kreatif di kalangan warga belia Felda.
“Untuk permulaan bengkel itu akan diadakan di Pusat Latihan Sinar Cemerlang, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka Pahang yang melibatkan hampir 50 peserta daripada kalangan belia Felda seluruh Wilayah Jengka,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata warga Felda yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghubungi talian 03-55180995 atau e-melkan ke [email protected]. bagi mendapatkan maklumat lanjut.
– Bernama