UDA rangka semula pelan induk pembangunan tapak Penjara Pudu

UDA rangka semula pelan induk pembangunan tapak Penjara Pudu

Kerajaan mengarahkan UDA Holdings Bhd, supaya merangka semula pelan induk pembangunan bekas tapak Penjara Pudu supaya melibatkan lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam pembangunan sektor hartanah di Malaysia.

Kerajaan mengarahkan UDA Holdings Bhd (UDA), supaya merangka semula pelan induk pembangunan bekas tapak Penjara Pudu supaya melibatkan lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam pembangunan sektor hartanah di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata jawatankuasa  mahu melihat semula (pelan induk) pembangunannya bagi mengambil kira cara untuk membantu “memperlihatkan” lebih banyak pembabitkan Bumiputera (dalam projek ini), dan pada masa yang sama menjayakannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Setem Korporat 40 tahun UDA dan perasmian Hotel Ancasa Express @ Pudu, hari ini.

Awang Adek berkata keputusan itu adalah selari dengan matlamat UDA untuk membantu pemaju Bumiputera.

“Jadi, kita kena pastikan bahawa UDA mempunyai matlamat untuk membantu ekonomi Bumiputera. Apa pun masa depan dan peranan Bumiputera, mesti dapat dimainkan oleh UDA. Itu yang ingin ditekankan oleh kerajaan.

See also  Discover exclusive luxury at ViO Banj’ran in Seremban 2

“Sebab itu perancangan perlu dibuat untuk memastikan bukan sahaja pembangunan di situ dapat dijayakan dengan baik dan menjadi kebanggaan UDA, malah juga untuk kebanggaan masyarakat Bumiputera. Sebab itu perlu ada penyertaan Bumiputera dalam projek pembangunan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi UDA Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata UDA diarahkan oleh kerajaan menyediakan pelan induk baharu projek tersebut yang membabitkan  tiga plot, dengan dua plot akan diusahakan oleh pemaju Bumiputera dan satu plot lagi oleh UDA sendiri.

“UDA akan menjadi pemaju utama projek ini, dan dua daripada tiga plot tersebut mestilah diusahakan oleh pemaju Bumiputera, dan mereka (pemaju Bumiputera) menerusi tender terbuka. Mereka mesti mempunyai keupayaan dari segi kewangan,” katanya.

See also  Discover modern living at TuJu Residences & Retail

Nur Jazlan juga berkata pembangunan di kawasan seluas 8 hektar (20 ekar) itu  dijangka dibangunkan sebagai sebuah hab pengangkutan.

Pada majlis yang sama, UDA melancarkan setem korporat sempena meraikan ulang tahun ke-40 UDA, yang mengabadikan gambar projek-projek ikonik UDA seperti BB Plaza, Pudu Sentral dan Sinaran TTDI.

Sebanyak 20,000 setem yang masing-masing bernilai 30 sen satu, dalam lapan reka bentuk berlainan itu, akan digunakan dalam urusan surat-menyurat syarikat selain dijual kepada orang awam.

– Bernama