FAM sedia mengkaji cadangan mana-mana pihak

FAM sedia mengkaji cadangan mana-mana pihak

FAM sedia mengkaji cadangan mana-mana pihak termasuk persatuan bola sepak negeri untuk menambah baik struktur Liga Malaysia akan datang, kata Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mengkaji cadangan mana-mana pihak termasuk persatuan bola sepak negeri untuk menambah baik struktur Liga Malaysia akan datang, kata Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa.

“Selaku badan induk bola sepak kebangsaan, FAM bersikap terbuka dan mengambil kira segala pandangan yang dikemukakan oleh anggota gabungan bagi bagi meningkatkan mutu pertandingan liga bola sepak tempatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Annuar berkata sesi taklimat dan seminar berhubung perjalanan liga musim baru akan diadakan pada 13 dan 14 Dis ini.

“Sebelum ini saya menerima banyak luahan secara ‘adhoc’ daripada persatuan bola sepak negeri. Kita tidak mahu apabila pertengahan liga pelbagai rungutan ditimbulkan. Seeloknya biarlah sebelum saingan liga bermula segala maklum balas dapat dikemukakan terus kepada kita,” katanya.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

– Bernama