Menteri Kewangan yang juga Menteri Pengangkutan Singapura Josephine Teo akan menghadiri majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), hari ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Pengangkutan berkata Teo juga akan menghadiri jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Ia berkata Singapura dan Malaysia menjalin kerjasama yang baik dalam industri pengangkutan. Selain bekerjasama dalam inisiatif pengangkutan darat, kedua-dua negara juga mempunyai hubungan kerja yang kukuh dalam bidang pengangkutan udara dan laut.
Teo akan diiringi para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura.
– Bernama