Lebih 3,000 sertai Himpunan Hijau di Melaka

MELAKA – Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka telah mengumpulkan lebih 3,000 orang yang terdiri dari golongan muda yang mahukan perubahan. [VIDEO]

Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka telah mengumpulkan lebih 3,000 orang yang terdiri dari golongan muda yang mahukan perubahan.

Program yang bermula jam 4.30 petang itu berakhir jam 12.15 tengah malam.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga  sebagai penceramah utama.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema ‘Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau.’

Antara program yang berlangsung petang semalam termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Tetamu yang hadir pada himpunan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari dan timbalan-timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, dan pimpinan PAS serta wakil-wakil DAP, PKR serta NGO anti-Lynas.

Himpunan hijau semalam turut disiarkan secara langsung di TV PAS Melaka secara atas talian.

Azmi

Photographer