Ambiga mahu rakyat keluar mengundi dan sokong pilihanraya bersih dan adil

KLANG – Jawatankuasa Bertindak Selangor telah menganjurkan majlis bersama Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Ambiga Sreenevasan di Klang.

Jawatankuasa Bertindak Selangor (Selangor Action Team) telah menganjurkan majlis bersama Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Ambiga Sreenevasan di Jalan Tengku Kelana, Klang pada Jun 24, 2012.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lebih 700 telah menyaksikan Ambiga diberi gelaran “Wirathirumagal” (Srikandi Keberanian).

Turut hadir di dalam acara tersebut adalah presiden Suaram K.Arumugam,  ahli parlimen Klang Charles Santiago, ahli parlimen Kapar S.Manickavasagam MP Kapar, ahli dewan undangan negeri Sri Andalas Xavier Jayakumar, ahli parlimen Subang R.Sivarasa dan pemimpin parti serta NGO.

Ambiga yang berucap di dalam majlis tersebut mengulangi tuntutannya iaitu pilihanraya yang bersih dan adil.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau menyatakan kekesalanyan kerana ramai masyarakat India yang belum memperolehi kewarganegaraan dan terus dinafikan hak-hak kerakyatan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka.

Menurutnya lagi, Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada perhimpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

Tambah beliau, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 amat jelas menunjukkan bahawa satu kejayaan yang sememangnya dibuktikan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Beliau juga mengalu-alukan sokongan dari semua untuk menyertai Kempen 100 peratus- menuntut semua rakyat Malaysia keluar mengundi dan Kempen Jom Pantau yang akan melatih sukarelawan pilihan raya dan ejen pengundi, pengira undi dan ejen barung.

Menurut beliau lagi mereka juga akan memastikan pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan.

Beliau juga berkata kedua-dua kempen ini amat penting bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai hak mereka sebagai warga negara, hak mengundi, proses mengundi bagi menangani penipuan.

Ambika juga menyatakan bahawa beliau tidak akan meyuruh sesiapapun untuk mengundi calon tertentu tetapi beliau akan menyuruh masyarakat Malaysia supaya jangan mengundi calon yang tidak berintegriti, tidak boleh dipercayai, yang bersifat perkauman,  serta tidak memberi keutamaan kepada wanita.

Beliau menyeru supaya rakyat jangan tertipu dengan slogan “Pichai dan Nambikai” (sedekah dan kepercayaan) yang bertujuan untuk mengkaburi mata rakyat.

Rajeswari