Terengganu mahu dalamkan sungai Setiu, elak banjir

Terengganu mahu dalamkan sungai Setiu, elak banjir

Satu projek khusus dan menyeluruh untuk mengatasi masalah banjir di daerah ini sedang dirangka kerajaan Terengganu dengan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Satu projek khusus dan menyeluruh untuk mengatasi masalah banjir di daerah ini sedang dirangka kerajaan Terengganu dengan melibatkan perbelanjaan yang besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Asha’ari Idris berkata kerajaan Terengganu telah memohon peruntukan daripada kerajaan pusat di bawah projek mengatasi masalah banjir di Lembah Setiu sejak tahun lepas, tetapi ia belum diluluskan lagi.

“Kita memang ada projek khusus untuk mengatasi masalah banjir di sini. Cadangan kita untuk mendalamkan muka kuala agar dapat mengalirkan air terus ke laut.

“Projek yang menelan belanja ratusan juta itu belum bermula kerana ia masih dalam pertimbangan kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita.

Asha’ari berkata apabila projek itu menjadi kenyataan kelak, ia boleh mengatasi atau mengurangkan masalah banjir yang berlaku setiap tahun di daerah itu.

See also  Savvy @ Riana Dutamas: Redefining urban living

Bagaimanapun, katanya projek tahunan mendalamkan sungai Setiu yang dilaksanakan kerajaan Terengganu memang ada, tetapi ia tidak memadai.

“Ia kena ada projek khusus yang boleh mengatasi masalah banjir secara keseluruhan atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah itu.

“Jika menjadi kenyataan, ia bukan setakat menyelamatkan penduduk, tetapi juga boleh mengatasi masalah petani yang tanaman mereka sering ditenggelami air,” katanya.

Banjir yang melanda Terengganu minggu lepas menyaksikan daerah Setiu paling teruk ditimpa bencana alam itu.

Selain itu, kira-kira 60 petani di Kampung Tasik dan Kampung Buluh di daerah itu kerugian hampir setengah juta ringgit apabila tanaman padi rosak akibat ditenggelami air.

– Bernama