Usaha wujudkan persekitaran bebas halang perlu ditingkatkan

Usaha wujudkan persekitaran bebas halang perlu ditingkatkan

Kerjasama merentasi pelbagai kementerian dan agensi perlu dalam usaha mempertingkatkan aksesibiliti orang kurang upaya (OKU) kepada kemudahan awam.

Kerjasama merentasi pelbagai kementerian dan agensi perlu dalam usaha mempertingkatkan aksesibiliti orang kurang upaya (OKU) kepada kemudahan awam, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan, badan profesional dan penyedia perkhidmatan perlu disedarkan tentang kepentingan menyediakan bangunan dan kemudahan awam yang boleh diakses oleh golongan itu.

“Usaha perlu dipergiatkan bagi mewujudkan lebih banyak persekitaran bebas halangan untuk mempertingkatkan mobiliti OKU agar mereka boleh hidup berdikari,” katanya ketika merasmikan Seminar Aksesibiliti OKU Kepada Bangunan dan Kemudahan Awam semalam.

“Infrastruktur negara ini hendaklah boleh diakses dan dimanfaatkan oleh semua rakyat tanpa mengira batasan usia dan keupayaan agar dapat menyokong pembangunan negara,” tegas beliau.

See also  Discover exclusive luxury at ViO Banj’ran in Seremban 2

– Bernama