Lesen mahal boleh ‘bunuh’ industri sarang burung walit

Lesen mahal boleh ‘bunuh’ industri sarang burung walit

Kerajaan Negeri Kelantan, melalui Pihak Berkuasa Tempatan digesa menurunkan kadar bayaran lesen tahunan industri ternakan sarang burung walit yang didakwa terlalu mahal.

Kerajaan Negeri Kelantan, melalui Pihak Berkuasa Tempatan digesa menurunkan kadar bayaran lesen tahunan industri ternakan sarang burung walit yang didakwa terlalu mahal kerana ia boleh ‘membunuh’ perkembangan industri itu di negeri ini.

Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Kelantan (PPSBNK), Ooi Siong Hwa berkata bayaran lesen tahunan yang terlalu tinggi kini menjadi kekangan kepada rakyat di negeri ini menceburi industri sarang burung walit biarpun menyedari industri itu mampu memberi pulangan lumayan.

“Sehingga kini terdapat lebih 1,000 premis burung walit yang dimiliki 700 pengusaha di Kelantan menjadikan negeri ini adalah pengeluar kedua terbesar di Semenanjung selepas Perak.

“Kerancakan industri itu dilihat semakin cerah dan mampu terus berkembang positif, namun pengusaha kini berdepan satu masalah apabila kadar bayaran lesen tahunannya yang terlalu mahal menyebabkan ramai yang ‘undur diri’ untuk menceburi industri itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

See also  Camera traps installed in Bukit Permata after reported tiger sighting

Ooi berkata ketika ini pengusaha industri itu dikenakan bayaran lesen RM1,500 bagi premis setingkat dan bagi tingkat kedua yang setinggi 1,400 kaki, pengusaha perlu membuat tambahan sewa sebanyak RM500, tidak termasuk deposit RM1,000 manakala bagi tingkat ketiga, lesennya berjumlah RM2,500 setahun.

“Kebiasaannya, jika mula beroperasi, tiada hasil lagi bagi tahun pertama dan ia memberi bebanan kepada pengusaha baru untuk membayar yuran tahunan yang mahal itu,” katanya.

– Bernama