Bomba siap sedia kelengkapan dan jentera hadapi banjir

Bomba siap sedia kelengkapan dan jentera hadapi banjir

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah bersiap sedia dari semua aspek termasuk persediaan mental dan kelengkapan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir yang diramal melanda beberapa negeri di negara ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah bersiap sedia dari semua aspek termasuk persediaan mental dan kelengkapan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir yang diramal melanda beberapa negeri di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata persiapan itu termasuk memastikan semua kelengkapan seperti bot, lori, jentera, kenderaan pacuan empat roda dan alatan bantuan menyelamat berfungsi serta berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata unit pasukan selam jabatan itu turut melakukan latihan dan persiapan bagi tujuan menyelamat.

“Jika dahulu selalunya negeri-negeri di Pantai Timur yang berdepan dengan risiko banjir namun fenomena cuaca pada hari ini yang tidak menentu memerlukan semua negeri sentiasa berwaspada berdepan dengan bencana ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, Penyampaian Sijil 30 Tahun Perkhidmatan dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor 2011 semalam.

Wan Mohd Nor berkata jabatan itu juga telah mengadakan mesyuarat dengan beberapa agensi berkaitan bagi membuat persiapan menghadapi banjir seperti memastikan pusat operasi dan pusat-pusat pemindahan.

Mengenai cuti anggotanya yang berkemungkinan dibekukan, beliau berkata setakat ini langkah itu belum diambil namun semua anggota telah dimaklumkan supaya berada dalam keadaan siap sedia untuk bertugas.

Sementara itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 1,000 panggilan kecemasan diterima di Selangor dalam tempoh setahun dengan purata dua hingga tiga panggilan setiap hari.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Terdahulu, seramai 39 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima pingat Kebesaran Jabatan dan 197 anggota menerima sijil 30 tahun perkidmatan.

– Bernama