Banjir: Penduduk di kawasan berisiko dinasihat berwaspada

Banjir: Penduduk di kawasan berisiko dinasihat berwaspada

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa menasihatkan penduduk yang terdedah dengan kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa menasihatkan penduduk yang terdedah dengan kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata mereka perlu mematuhi arahan supaya berpindah terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah, dan mereka diingatkan agar membuat persiapan awal dengan memindahkan barang berharga ke tempat yang lebih selamat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Penduduk perlu peka dan sentiasa berhati-hati kerana musim tengkujuh telah tiba dan kepada mereka yang tinggal di tempat berisiko berlaku banjir, diingatkan membuat persiapan awal agar dapat menggelakkan harta benda daripada rosak ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jamshah juga meminta ibu bapa mengawasi serta memantau pergerakan anak masing-masing dan melarang mereka mendekati kawasan banjir bagi menggelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan Bernama di Kampung Kolam, Hulu Terengganu mendapati kanak-kanak bebas bermain air banjir tanpa pengawasan ibu bapa.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Selain itu, ada juga yang bertindak berani dengan mandi di kawasan berarus deras tanpa pengawasan orang dewasa.

Tiga daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Setiu dan Marang mula dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak semalam.

Semalam, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang boleh mengakibatkan banjir, terutama di kawasan rendah.

– Bernama