Jawatankuasa cegah banjir Kota Kinabalu dibentuk

Jawatankuasa cegah banjir Kota Kinabalu dibentuk

Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa mencegah banjir meliputi lebih besar kawasan sekitar Kota Kinabalu.

Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa mencegah banjir meliputi lebih besar kawasan sekitar Kota Kinabalu.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Khoo berkata tig jawatankuasa pencegahan banjir akan diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa yang menyatukan kerja persiapan mengatasi banjir.

“Banjir tidak mengenali sempadan. Oleh kerana itu Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) telah mengarahkan jawatankuasa ini yang dikenali sebagai Jawatankuasa Induk Pencegahan Banjir Kota Kinabalu dibentuk.

“Kami akan mengadakan mesyuarat pertama selepas sidang Dewan Undangan Negeri (yang akan berakhir pada 24 Nov) kerana Ketua Menteri mengharapkan satu laporan keadaan banjir, secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di luar persidanga dewan undangan negeri Sabah di sini hari ini.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Katanya, langkah tersebut perlu berikutan kejadian banjir besar melanda Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akibat hujan lebat Sabtu lepas bermula 5 petang hingga 7 malam.

Khoo berkata beliau akan mempengerusikan jawatankuasa baru itu yang sebelum ini hanya mengendalikan banjir terjadi di kawasan yang meliputi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sahaja.

Beliau berkata cadangan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri untuk membina dua pintu banjir di Sungai Sembulan di sini dan Sungai Petagas di Putatan, akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut.

– Bernama