Model CKD Volkswagen mula dipasarkan Rabu ini

Model CKD Volkswagen mula dipasarkan Rabu ini

Model kereta Volkswagen secara pemasangan unit terurai (CKD) pertama yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd di sini akan mula dipasarkan pada 23 November ini.

Model kereta Volkswagen secara pemasangan unit terurai (CKD) pertama yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd di sini akan mula dipasarkan pada 23 November ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata kira-kira 70 unit model Passat 1.8 akan mula dipasarkan mulai tarikh tersebut.

Bagaimana pun, beliau tidak menyatakan harga bagi model itu.

“Harganya masih menunggu kelulusan kerajaan. Kami telah mengemukakan cadangan harganya dan kerajaan akan memutuskannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Program Adjunct” Kolej Antarabangsa Automotif (ICAM) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi HICOM University College Sdn Bhd (HUCSB) Sharifah Halimah Syed Ahmad.

See also  Discover exclusive luxury at ViO Banj’ran in Seremban 2

Pada Ogos 2010, Volkswagen menandatangani memorandum persefahaman dengan DRB-Hicom untuk mengeluarkan kereta Volkswagen di pusat automotif DRB-Hicom di sini.

Sementara itu, Mohd Khamil berkata, ICAM akan mengadakan “program adjunct”, yang pertama seumpamanya melibatkan kolej automotif di negara ini bermula Jan tahun depan.

Beliau berkata, melalui program tersebut, tokoh-tokoh industri automotif dalam dan luar negara dijemput untuk memberi kuliah kepada pelajar kolej tersebut berhubung perkembangan dan situasi industri itu pada masa ini.

Katanya, selain tokoh industri automotif dari DRB-Hicom, pihaknya juga menjemput tokoh-tokoh dari rakan kongsi syarikat itu termasuk Isuzu, Mercedes Benz dan Volkswagen.

“Pelajar akan mendapat maklumat pertama mengenai apa yang berlaku dalam industri ini melalui tokoh-tokoh industri automotif, bukan berdasarkan buku teks semata-mata,” katanya.

See also  Exclusive waterfront living at Lightwater Residences

– Bernama