65% kemalangan maut babitkan penunggang motosikal

65% kemalangan maut babitkan penunggang motosikal

Sebanyak 65 peratus daripada 6,872 kes kemalangan maut yang dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas adalah membabitkan penunggang motosikal.

Sebanyak 65 peratus daripada 6,872 kes kemalangan maut yang dicatatkan di Pulau Pinang sepanjang tahun lepas adalah membabitkan penunggang motosikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri Roziah Aziz berkata antara punca kemalangan maut itu adalah disebabkan sikap penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dengan betul.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya, sebagai usaha memberi kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang motosikal, JKJR menjalankan pelbagai kempen keselamatan jalan raya dengan kerjasama syarikat swasta, sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Selain itu JKJR turut mengedarkan risalah mengenai pemakaian topi keledar dengan cara yang betul kepada orang ramai, katanya selepas mengagihkan 55 buah topi keledar kepada penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan dengan kerjasama Allianz General Insurance Company di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Allianz General Insurance Cawangan Pulau Pinang, Collin Peter Pereira berkata syarikat itu telah menyumbang sebanyak 450 topi keledar, jaket keselamatan dan pelekat pemantul cahaya kepada penunggang motosikal di Kuala Lumpur, Alor Setar, Ipoh dan negeri ini.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Katanya, sebanyak 100 topi keledar akan diagihkan di Kuching dan Kota Kinabalu pada kempen minggu depan.

– Bernama