PAS Kelantan tidak sekat budaya cina, kata Nik Aziz

PAS Kelantan tidak sekat budaya cina, kata Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dasar perjuangan PAS tidak menyekat perkembangan budaya Cina di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dasar perjuangan PAS tidak menyekat perkembangan budaya Cina di negeri ini.

Malah, kata Mursyidul Am parti itu, kerajaan negeri menggalakkan lagi budaya Cina berkembang pesat di samping mengekalkan apa yang sedia ada.

“Sebab itu, kita (Pas) sanggup membina masjid pertama yang mempunyai ciri-ciri budaya Cina di Rantau Panjang yang menelan belanja jutaan ringgit di samping membenarkan bangunan Dewan Perhimpunan Cina diubahsuai mengikut reka bentuk bercirikan budaya mereka,” katanya, hari ini.

Beliau mendakwa, dasar perjuangan PAS yang berpegang kepada prinsip Membangun Bersama Islam menyebabkan masyarakat bukan Islam di negeri ini selesa berada di bawah pentadbiran parti itu sejak 1990.

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

Katanya, sejak mula mengambil alih negeri ini 20 tahun lepas, kerajaan negeri pimpinannya membuka peluang kepada masyarakat bukan Islam menyatakan rasatidak puas hati sepanjang berada di bawah pentadbiran parti itu.

– Bernama