Sukan SEA, hari keenam: Malaysia raih enam pingat emas

Sukan SEA, hari keenam: Malaysia raih enam pingat emas

Malaysia meraih enam pingat emas, dua perak dan lapan gangsa untuk kekal di tangga kelima kutipan pingat keseluruhan pada Sukan SEA di Indonesia, yang berlangsung sejak Jumaat lepas.

Malaysia meraih enam pingat emas, dua perak dan lapan gangsa untuk kekal di tangga kelima kutipan pingat keseluruhan pada Sukan SEA di Indonesia, yang berlangsung sejak Jumaat lepas.

Keseluruhannya, kontinjen negara memungut 28 emas, 25 perak dan 44 gangsa.

Enam pingat emas semalam diraih menerusi satu acara di Jakarta, tenpin boling dan tiga acara di Palembang iaitu terjun, renang dan Billiard & Snuker.

Selepas tamat semua acara semalam, tuan rumah Indonesia terus mengukuhkan penguasaan di persada pungutan pingat dengan 87 emas, 66 perak dan 69 gangsa.

Vietnam, yang sejak hari pertama berada di tangga ketiga di belakang Thailand, memintas negara jirannya itu untuk menduduki tangga kedua dengan mengumpul 54 emas, 55 perak dan 59 gangsa, diikuti Thailand (52, 41, 60), Singapura (27, 32, 46).

Filipina terus kekal di tangga keenam di belakang Malaysia, dengan mengutip 16 emas, 28 perak dan 34 gangsa, diikuti Laos (5, 3, 19), Kemboja (3, 9, 11), Myanmar (1, 12, 16), Brunei (0,1, 6) dan Timor Leste (0,0,1).

Acara Terjun menjadi lubuk emas negara di Palembang selepas Yeoh Ken Nee meraih emas menerusi acara 3 meter papan dengan catatan mata keseluruhan 58.15 menerusi enam aksi terjunan.

Pingat perak dimenangi atlet tuan rumah Akhmad Sukran Jamjami, yang mengumpul 401.86 mata, manakala seorang lagi penerjun negara Ahmad Amsyar Azhar meraih gangsa dengan 397.30 mata.

Penerjun kebangsaan Pandelela Rinong menyumbang pingat emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun.

Beliau mengumpul 342.90 mata untuk terjunan emasnya sementara rakan senegara Kam Ling Kar meraih perak dengan mengutip 260.85 mata.

See also  Jameson’s Jingle in the Court: A Christmas bash like no other

Perenang kebangsaan Siow Yi Ting turut menghadiahkan emas menerusi acara 200 meter kuak dada dengan catatan 2:33.67 saat sementara Chavunnooch Salubluek (Thailand) dan Samantha Louisa Yeo (Singapura) mendapat perak dan gangsa dengan masa 2:35.53s dan 2:37.12s.

Foo Jian Beng, Kevin Yeap, Vernon Lim dan Lim Ching Hwang meraih perak dari acara 4×200 meter gaya bebas dengan masa 7:35.99s.

Dua gandingan beregu lelaki dari acara tenpin boling, Adrian Ang dan Alex Liew, menghadiahkan pingat emas sementara Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek-Zulmazran Zulkifli menyumbang gangsa.

Adrian-Alex mengumpul 2,555 jatuhan pin, 65 pin mengatasi beregu Filipina, Biboy Rivera-Frederick Ong, yang mendapat perak.

Muhd Syafiq and Zulmazran pula mengumpul 2,454 jatuhan pin.

Satu lagi acara di Palembang yang menghadiahkan emas kepada kontinjen negara ialah Billiard dan Snuker.

Gandingan Chong Tin Sam and Thor Chuan Leong mengungguli emas acara snuker beregu lelaki dengan menundukkan beregu Singapura Lim Chun Kiat dan Ang 3-0.

Pingat gangsa dimiliki bersama beregu Myanmar Win Khaing Min Aye/Win Ko Ko dan Thanawat Tirapongbaiboon/Noppon Saengkham dari Thailand.

Di Jakarta, Jacqueline Sijore-Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menghadiahkan kilauan emas pertama dari sukan tenpin boling.

Gandingan tersebut melakukan 2,463 jatuhan pin, tujuh pin melebihi pemenang pingat perak, Daphe Tan-Cherie Tan dari Singapura.

Kemenangan itu dianggap berganda apabila beregu Sharon Koh-Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon yang membuat 2,413 jatuhan pin menghadiahkan gangsa kepada Malaysia.

Pemanah negara Muhammad Zaki Mahazan meraih gangsa dari acara Compound individu lelaki 50 meter bagi acara memanah di Jakarta.

See also  GameOn Theme Park opens its largest indoor venue at Melawati Mall

Pemanah Malaysia itu memenangi pingat gangsa dengan mengumpul 140 mata berbanding 132 yang dikutip pemanah Myanmar.

Emas acara ini diraih pemanah Indonesia I Gusti Nyoman Puruhito dengan 143 mata sementara Benjamin Yap dari Filipina mendapat perak dengan 140 mata.

Atlet lawan pedang negara Joshua Koh, Hasmie Sohaimi and Noor Nashriq Adli menyumbang satu pingat gangsa menerusi acara Epee Berpasukan Lelaki.

Gandingan Malaysia itu tunduk 34-43 kepada pasukan Indonesia.

Emas acara ini milik pasukan Thailand yang menundukkan tuan rumah 43-42.

Acara menembak yang berakhir di Palembang semalam menyaksikan skuad negara menambah satu pingat gangsa.

Pingat gangsa itu diraih Mohd Hadafi Jaafar dalam acara 50 meter Rifle 3 Position lelaki dengan mengumpul 1,237.00 mata.

Pingat emas acara itu dimenangi Nguyen Duy Hoang dari Vietnam dengan 1,240.60 mata manakala gangsa milik Napis Tortungpanic dari Thailand dengan 1,239.10 mata.

Esok, hari ketujuh Sukan SEA, menawarkan 57 emas.

Tumpuan tentunya di Stadium Gelora Bung Karno, venue berlangsungnya pertemuan antara Malaysia menentang Indonesia bagi acara bola sepak lelaki.

Skuad Ong Kim Swee hanya memerlukan keputusan seri untuk mengiringi tuan rumah ke peringkat separuh akhir.

Acara akuatik pula menawarkan lapan emas, memanah (4), sukan billiard (2), boling (2), bridge (1), berbasikal (1), ekuestrian (1), lawan pedang (2), judo (4), silat (12), petanque (2), mendayung (6), tenis lembut (2), memanjat dinding (4) dan gusti (4).

– Bernama