Almain: Media perlu laksanakan tanggungjawab sosial

Almain: Media perlu laksanakan tanggungjawab sosial

Pengamal media perlu melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral yang tinggi dalam setiap apa yang dilaporkan, kata Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul.

Pengamal media perlu melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral yang tinggi dalam setiap apa yang dilaporkan, kata Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Almain Ajirul.

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata ini bagi memastikan kredibiliti berita yang disiarkan tidak diragui selain membantu menjaga keharmonian rakyat dan negara.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Tugas pengamal media ialah melaporkan berita yang tepat atau betul, dan bukannya mencerminkan sebarang agenda,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Media Jabatan Penerangan Sabah di sini malam tadi.

Almain berharap agar pengamal media khususnya di Sabah terus mendukung piawaian etika, profesionalisme dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas harian.

Beliau berkata ini termasuk pematuhan undang-undang, peraturan media dan penampilan yang sesuai ketika membuat liputan berita dan gambar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Misalnya, setiap kali acara kebesaran negeri diadakan dan lawatan pemimpin utama dalam dan luar negeri ke Sabah, Jabatan Penerangan dipertanggungjawabkan untuk menyelia perjalanan liputan media.

“Justeru itu, Jabatan Penerangan biasanya mengeluarkan garis panduan meliputi peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh wartawan ketika membuat liputan,” katanya.

Almain berkata garis panduan itu tidak sama sekali bertujuan mengongkong dan menghadkan kebebasan mereka sama ada pengamal media kerajaan atau swasta, sebaliknya peraturan itu perlu demi kebaikan semua pihak.

Beliau turun memohon jasa baik pengarang akhbar di Sabah supaya memberi ‘kredit’ atau memasukkan nama Jabatan Penerangan dalam mana-mana artikel yang disumbangkan oleh jabatan itu dan dipakai oleh akhbar terbabit seperti amalan sebelum ini.

– Bernama