Tali pinggang ketiga: tindakan akan diambil mulai 2012

Tali pinggang ketiga: tindakan akan diambil mulai 2012

Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan ketiga mulai Januari tahun depan.

Tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik kenderaan yang tidak memasang tali pinggang keselamatan ketiga mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Leslie Leon berkata pemilik kenderaan yang masih belum memasang tali pinggang keselamatan ketiga di tempat duduk belakang penumpang kenderaan perlu berbuat demikian sebelum awal tahun hadapan.

“Proton dan Perodua mengadakan kempen pemasangan tali pinggang keselamatan ketiga untuk kenderaan keluaran mereka secara percuma untuk tiga tahun sebelum ini bermula 2009 sehingga 2011, tetapi malangnya masyarakat masih memandang sepi perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

See also  Batik Air: Fly direct to Bangkok from Johor Bahru

Leslie Leon berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Proton dan Perodua yang melaporkan jumlah pengguna kedua-dua jenis kenderaan itu yang memasang tali pinggang keselamatan ketiga masih rendah.

Proton melaporkan hanya 17.68 peratus pengguna kenderaannya telah memasang tali pinggang keselamatan ketiga, manakala pengguna Perodua mencatat pemasangan sebanyak 43 peratus sahaja setakat ini.

Sementara itu mengenai program JKJR tahun depan, Leslie Leon berkata jabatan itu akan lebih menumpukan terhadap kempen keselamatan jalan raya di kalangan
pelajar sekolah menengah, seawal Tingkatan Satu, dalam usaha mendedahkan remaja mengenai aspek keselamatan dan penggunaan jalan raya yang berhemah.

” Pada 2013 pula, jabatan ini akan meneruskan kempen tersebut kepada pelajar Tingkatan Dua dan Tiga,” katanya.

See also  Batik Air launches inaugural Bangkok-Johor Bahru flight

Turut hadir di majlis kempen tersebut ialah Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin, Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn Bhd Khalida Mustafa dan Pengarah Bahagian Keselamatan UIAM, Hamdan Adnan.

– Bernama