Kerajaan berusaha meminda Akta Perhutanan Nasional

Kerajaan berusaha meminda Akta Perhutanan Nasional

Kerajaan kini dalam usaha meminda Akta Perhutanan Nasional 1984 sebagai satu langkah agresif bagi membanteras pembalakan haram di negara ini.

Kerajaan kini dalam usaha meminda Akta Perhutanan Nasional 1984 sebagai satu langkah agresif bagi membanteras pembalakan haram di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Douglas Uggah Embas berkata akta sedia ada tidak dapat memenuhi kehendak dan cabaran dalam isu perhutanan negara.

“Maka kita hendak meningkatkan dan beri kuasa lebih kepada pegawai-pegawai berkuasa dan mengatasi beberapa masalah,” katanya dalam penggulungan peringkat jawatankuasa kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata antara perkara yang akan dikemukakan ialah peningkatan beban bukti bagi peruntukan liabiliti yang tegas untuk pesalah.

“Kita akan meningkatkan penalti kerana dari pengalaman kita, kalau tingkatkan penalti, kita nampak jumlah kes kecurian semakin berkurangan selepas itu,” katanya.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

Uggah juga berharap isu pembalakan haram dapat diatasi pada masa akan datang melalui hukuman berat.

Terdahulu, P.Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) ingin tahu langkah kerajaan bagi membendung kecurian kayu bakau dan mempertingkat kuasa pegawai perhutanan.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) juga membangkitkan isu pencemaran yang semakin berleluasa di negara ini berikutan tindakan pihak industri yang tidak bertanggungjawab membuang sisa pepejal ke dalam sungai.

Uggah berkata satu projek perintis, yang dinamakan ‘Enforcement 1Malaysia’, akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menyatukan tenaga daripada beberapa kementerian terbabit bagi menyelesaikan isu ini.

“Kita juga telah bincang dan satu jawatankuasa telah ditubuhkan bersama dengan kementerian yang terlibat untuk penyelarasan penguatkuasaan undang-undang dan diharap ia berkesan.

See also  Garmin, Reef Check partnership removes 755kg of ocean waste

“Jika tidak dibendung dan tidak diambil tindakan dengan lebih ketat dan berkesan, satu hari nanti kita mungkin hadapi masalah kekotoran sungai yang tidak dapat dikawal,” katanya lagi.

Persidangan dewan bersambung esok.

– Bernama