Pembangkang dakwa penyelewengan dalam anak syarikat Selangor

Pembangkang dakwa penyelewengan dalam anak syarikat Selangor

Seorang pembangkang Selangor hari ini membangkitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam SOPIC, anak syarikat PKPS semasa perbahasan Belanjawan 2012.

Photo by Komunitikini

Seorang pembangkang Selangor hari ini membangkitkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam Selangor Oil Palm Industry Sdn Bhd (SOPIC), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa perbahasan Belanjawan 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri.

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata difahamkan SOPIC yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit telah berhenti beroperasi pada tahun 2009 kerana tidak dapat menjana keuntungan sedangkan harga kelapa sawit di pasaran adalah lumayan.

Beliau berkata SOPIC mempunyai wang tunai RM20 juta sewaktu ia menghentikan operasinya dan difahamkan semua kakitangan SOPIC telah ditamatkan perkhidmatan dan dibayar pampasan.

Bagaimanapun, menurutnya SOPIC melalui Ketetapan Pekeliling Lembaga Pengarah pada 19 Julai tahun lepas meluluskan projek pembinaan kandang lembu susu di Jelutong Jati, Sabak Bernam bernilai RM1.38 juta untuk dilaksanakan oleh sebuah syarikat.

See also  AKPK Collaborators Awards celebrates impactful partnerships

Abdul Shukor mempersoalkan macam mana sebuah syarikat yang tidak lagi beroperasi boleh melantik kontraktor dengan nilai projek jutaan ringgit.

Dakwanya, syarikat yang sama juga telah diberikan kontrak bernilai RM975,130 bagi melaksanakan projek ternakan ayam daging juga di Jelutong Jati tanpa melalui proses tender yang telus.

– Bernama