Ops Samseng Jalan Raya: Penjawat awam guna lesen palsu

Ops Samseng Jalan Raya: Penjawat awam guna lesen palsu

Seorang penjawat awam antara yang ditahan kerana memiliki lesen motosikal palsu dalam Operasi Samseng Jalan Raya di Jalan Tunku Abdul Rahman semalam.

Seorang penjawat awam antara yang ditahan kerana memiliki lesen motosikal palsu dalam Operasi Samseng Jalan Raya di Jalan Tunku Abdul Rahman semalam.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid berkata lelaki berumur 20 tahun itu mendakwa dia tidak tahu lesen yang dimilikinya sejak Mac tahun ini adalah palsu.

“Selepas diperiksa, ternyata lesen itu palsu kerana berbeza dengan yang tulin seperti tulisan yang besar dan kedudukan lambang yang tidak berada di tempatnya.

“Pemeriksaan nombor lesen mendapati tidak wujud atau didaftarkan dalam sistem polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Kita percaya ada sindiket orang dalam mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety

Beliau berkata individu itu mendakwa telah didatangi seorang lelaki di sebuah sekolah memandu di Selayang yang menawarkan pembelian lesen tanpa perlu mengikuti kursus seperti biasa.

“Dia mendakwa hanya perlu membayar RM300 dan akan mendapat lesen dalam tempoh dua minggu,” kata Azmi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan kerana memalsukan dokumen dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Dalam operasi itu, 260 buah motosikal diperiksa, 115 penunggang disaman dan 22 buah motosikal disita kerana kesalahan seperti tidak mempunyai lesen, cukai jalan tamat tempoh dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Polis turut menemui sebuah motosikal curi yang ditinggalkan seorang lelaki selepas polis mengejar seorang suspek dari jalan tersebut sehingga Karak.

See also  Combi launches CrossAge 360 for enhanced child safety

Beliau berkata lelaki itu pada mulanya menunjukkan pelbagai aksi di hadapan sekatan sebelum memecut laju sebelum meninggalkan motosikal tersebut.

“Siasatan mendapati motosikal itu telah dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kita percaya suspek cuba melakukan aktiviti jenayah lain menggunakan motor tersebut, kata Azmi.

– Bernama