Dua belas calon SPM Kedah duduki peperiksaan di hospital

Dua belas calon SPM Kedah duduki peperiksaan di hospital

Seramai 12 orang daripada 36,717 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah menduduki peperiksaan itu di hospital kerana masalah kesihatan.

Seramai 12 orang daripada 36,717 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah menduduki peperiksaan itu di hospital kerana masalah kesihatan.

Lapan calon menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, masing-masing seorang di Hospital Kulim, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan Hospital Jitra serta seorang lagi di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mereka yang menduduki peperiksaan di hospital kerana demam dan kemalangan jalan raya.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Mansor Lat berkata sebanyak 264 pusat peperiksaan dibuka bagi menampung kesemua calon yang menduduki peperiksaan.

“Keadaan cuaca hari ini baik dan saya harap cuaca seperti ini akan berterusan sehingga peperiksaan tamat pada 14 Dis,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

– Bernama