Pembentukan awal peribadi kanak-kanak penting

Pembentukan awal peribadi kanak-kanak penting

Keperibadian kanak-kanak perlu dibentuk dan dibina supaya mereka mempunyai jati diri yang unggul dan mampu menepis cabaran masa hadapan.

Keperibadian kanak-kanak perlu dibentuk dan dibina supaya mereka mempunyai jati diri yang unggul dan mampu menepis cabaran masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, ini penting untuk membentuk dan membina peribadi lebih unggul sekali gus melahirkan modal insan cemerlang dan berguna kepada masyarakat.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, penekanan aspek tersebut juga dapat meningkatkan interaksi dan perhubungan rapat di kalangan ibu bapa untuk mewujudkan persefahaman, semangat muhibah dan perpaduan.

“Tabika atau prasekolah merupakan institusi penting dalam sistem pendidikan negara dan kerajaan juga mengambil berat tentang isu ini dengan menyediakan peruntukan khas untuk itu dalam Bajet 2012,” kata beliau semasa berucap merasmikan Mini Konvo Tabika Kemas Tanjung Batu Darat di MB Hotel Tawau di sini kelmarin.

See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

Hamisa berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat progresif agar ia berupaya menjadi pemangkin memenuhi perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani.”

“Masyarakat madani ini perlu berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, citra diri yang tinggi dan berdisplin.”

”Masyarakat ini juga perlu mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia,” katanya beliau lagi.

Hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan perkembangan kanak-kanak prasekolah ujar Hamisa.

Sehubungan itu katanya, guru-guru prasekolah perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna seta tidak membosankan kepada kanak-kanak.

See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penyelia Kemas Daerah Tawau, Nuridah Abu Bakar, ibu bapa dan 105 orang kanak-kanak tabika.

 

Gary Louis Supi