Penyelia Pusat Aduan Rakyat PAS Zon Kempas Suhaizan Kayat telah datang sendiri melihat pemasalahan saluran najis tersumbat yang di hadapai oleh penduduk blok G flat Taman Tampoi Utama.
Dalam temubual bersama wakil penduduk Rosli Mansor, beliau telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pihak pengurusan flat Taman Tampoi Utama tetapi hingga ke hari ini masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil dari pihak terbabit.
Menurut beliau lagi penduduk terpaksa membuka saluran di bawah flat agar rumah mereka tidak di banjiri oleh air kumbahan.