Raja Nazrin: Iktiraf persamaan antara agama

Raja Nazrin: Iktiraf persamaan antara agama

Raja Dr Nazrin Shah bertitah pengiktirafan lebih luas boleh berlaku di Barat tentang banyak persamaan antara Islam, Yahudi dan Kristian, sebagaimana Islam menghormati nabi-nabi Kristian dan Yahudi.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah pengiktirafan lebih luas boleh berlaku di Barat tentang banyak persamaan antara Islam, Yahudi dan Kristian, sebagaimana Islam memulia dan menghormati nabi-nabi Kristian dan Yahudi.

Baginda menarik perhatian, sebaliknya jurang antara agama Islam dan Kristian sering diperbesar-besarkan.

Raja Nazrin menegaskan dalam pelbagai isu, sama ada hak asasi manusia, keadilan sosial, tanggungjawab alam sekitar, urus tadbir yang baik, kebebasan beragama, atau undang-undang dan moral, wujud terlalu banyak persamaan antara dua agama ini.

“Jurang hanya meluas antara Islam berserta tradisi spiritual agungnya yang lain, dengan versi hedonistik dan materialistik jahil pandangan sekular dunia dan sifat semula jadi manusia,” titah baginda dalam kuliahnya mengenai ‘Islam, Muslim dan Hak Asasi Manusia’ di Pusat Kajian Islam Oxford, Universiti Oxford, pada Rabu.

See also  AI-powered supercomputers to drive future-ready universities