Ketibaan pelancong di Sabah meningkat 15 peratus

Ketibaan pelancong di Sabah meningkat 15 peratus

Ketibaan pelancong di Sabah meningkat 15 peratus antara Januari-September tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama 2010.

Ketibaan pelancong di Sabah meningkat 15 peratus antara Januari-September tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama 2010.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Masidi Manjun berkata 1,909,430 pelancong dicatatkan berbanding dengan 1,660,360 pada tahun lepas, yang tidak memasukkan ketibaan pekerja asing.

Beliau berharap Sabah akan berupaya mencapai sasaran 2.63 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Tahun lepas, Sabah menerima 2,504,669 tetamu, katanya pada Majlis Minum Teh Jaringan Pelancongann Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Masidi berkata dewan perniagaan di Sabah boleh memainkan peranan mewujudkan jaringan pelancongan bagi membawa para pelabur ke negeri itu.

See also  Kuala Lumpur among Top 10 cities for global arrivals

“Setiap orang berperanan untuk dimainkan di dalam mempromosikan Sabah sebagai satu destinasi percutian. Ia sepatutnya bermula dengan Kota Kinabalu sebagai gerbang ke negeri ini,” katanya.

– Bernama