Ismail: Cadangan PTPTN bukan muktamad

Ismail: Cadangan PTPTN bukan muktamad

Langkah PTPTN yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar IPTA di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad.

Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mencadangkan untuk tidak memberi pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang bukan satu keputusan muktamad, kata pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata ia adalah satu cadangan yang akan dikemukakan kepada kerajaanmemandangkan perbadanan mengeluarkan peruntukan besar setiap tahun kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

“Ia juga salah satu usaha untuk mengatasi bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi perbadanan tersebut kerana ramai bilangan peminjam yang tidak menjelaskan bayaran pinjaman mereka, bagaimanapun pinjaman pembiayaan yuran pengajian tetap diteruskan,” katanya kepada Bernama semalam.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Okt lepas membuat cadanga supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

See also  Malaysia secures championship titles at Robothon 2024

Ismail berkata keputusan mutlak mengenai cadangan itu hanya akan diputuskan kerajaan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

“Jika ia tidak dipersetujui, kita tidak akan melaksanakannya malah pinjaman tersebut akan diteruskan bagi kepentingan pelajar, jadi saya berharap ibu bapa dan pelajar tidak perlu bimbang mengenai perkara itu,” katanya.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga ini, sebanyak 1.87 juta pelajar telah mendapat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.60 bilion.

Pada tahun depan, katanya dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

– Bernama