Setelah 40 tahun menanti, Orang Asli Kampung Bot dapat bekalan letrik

Setelah 40 tahun menanti, Orang Asli Kampung Bot dapat bekalan letrik

Tok Batin kampung mengucapkan “terima kasih kepada pihak kerajaan yang prihatin dengan kebajikan kami walaupun kami hanya kelompok minoriti sahaja.”

Penantian selama 40 tahun bagi 120 penduduk Orang Asli Kampung Bot Bot dekat Chenor untuk mendapatkan bekalan elektrik akhirnya kesampaian apabila kampung itu disalurkan bekalan elektrik.
Tok Batin Amran Mersat berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah
menyalurkan bekalan elektrik Sabtu lepas.

 

“Saya bagi pihak penduduk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan
yang prihatin dengan kebajikan kami walaupun kami hanya kelompok minoriti
sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Sebahagian besar penduduk Orang Asli di kampung itu bekerja mencari hasil hutan atau menangkap ikan selain mengusahakan pertanian, kebun dan ternakan.

“Dengan adanya bekalan elektrik ini, taraf hidup penduduk di sini akan meningkat, anak-anak pula dapat belajar dengan lebih selesa,” kata Amran.

See also  Forest City Special Financial Zone to boost Johor’s growth

– Bernama