Komuniti luar bandar disaran lindungi alam sekitar

Komuniti luar bandar disaran lindungi alam sekitar

Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang hari ini menasihatkan masyarakat luar bandar di Sarawak agar memainkan peranan untuk melindungi alam sekitar.

Source: www.belagado.sarawak.gov.my

Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang hari ini menasihatkan masyarakat luar bandar di Sarawak agar memainkan peranan untuk melindungi alam sekitar.

Salang, yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata mereka harus menghentikan sikap menganggap sungai sebagai tempat membuang sampah, tidak menebang pokok di sepanjang tebing sungai dan larangan menggunakan bahan kimia untuk menangkap ikan.

Beliau berkata demikian ketika menutup program “Rakan kepada Alam Sekitar” untuk ketua masyarakat dan pelajar di SMK Julau di sini hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Danny Bungan.

Salang juga berkata orang ramai harus mengamalkan penggunaan teknologi mesra alam seperti lampu jimat tenaga di rumah mereka, sekolah dan pejabat dan memilih untuk menggunakan beg yang boleh digunakan semula apabila membeli-belah.

See also  GE Aerospace volunteers remove 142kg of waste from Bagan Lalang

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →