Selangor anjur sesi penerangan Skim Premium Tanah

Selangor anjur sesi penerangan Skim Premium Tanah

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai Skim Premium Tanah yang diperkenalkan sejak Jun lalu.

Photo by Nathaniel Tan

Oleh MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai Skim Premium Tanah yang diperkenalkan sejak Jun lalu yang memberi peluang rakyat negeri ini memiliki geran tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanah dengan bayaran pendahuluan RM 1,000.

Sesi penerangan ini akan diadakan secara percuma dengan kerja sama Pejabat
Tanah dan Galian Selangor untuk memberi penjelasan supaya tiada lagi
kekeliruan terhadap polisi baharu ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Kerajaan Negeri memperkenalkan skim ini untuk menjaga kebajikan rakyat
tetapi ramai yang gagal memahami matlamat, prinsip dan kumpulan sasaran.

Skim ini memberi peluang sama rata kepada rakyat Selangor yang kurang mampu
untuk mendapatkan geran tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanpa mengira
fahaman politik.

Justeru, kami amat berbesar hati sekiranya pihak-pihak yang tidak faham
mengenai skim ini termasuklah MCA Selangor agar hadir untuk mendengar dan
memahaminya secara mendalam.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Malah, skim ini juga adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara
bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama. Kita tidak memaksa pemilik
tanah memilih skim baharu ini sebaliknya pilihan terletak di tangan mereka
mengikut tahap kemampuan.

Sekiranya ada yang gagal memahami polisi ini walaupun setelah menghadiri
sesi taklimat ini, saya bersedia mengadakan satu lagi sesi khas untuk
berdebat mengenai isu ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat
penilaian.

Adalah tidak adil bagi kita berdebat dengan kumpulan yang tidak faham
dengan skim ini tanpa memberikan kefahaman kepada mereka terlebih dahulu.