JPS perkenal laman web “Public InfoBanjir”

JPS perkenal laman web “Public InfoBanjir”

JPS memperkenalkan laman web “Public InfoBanjir” bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web “Public InfoBanjir” bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata sistem penyediaan maklumat ini penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan peka ketika menghadapi banjir terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

“Dengan adanya informasi ini masyarakat dapat membuat persediaan awal sebelum berlakunya banjir,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) Dalam Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) JPS Malaysia serta turut melancarkan laman web IWRM dan Public InfoBanjir dan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) Edisi Ke-2 mewakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas hari ini.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

Seminar dua hari itu, melibatkan 200 orang peserta yang akan membincangkan dan berkongsi maklumat dalam mempertingkatkan pengurusan sumber air negara secara bersepadu dan lestari.

Beliau turut menyifatkan pelancaran laman web ini adalah bertepatan dengan fenomena negara yang kini sedang menghadapi musim tengkujuh.

“JPS telah berjaya mengorak langkah yang baik dalam memberikan maklumat berguna kepada orang awam dan saya berharap pihak JPS akan terus menambah baik laman web ini dari semasa ke semasa demi keperluan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman berkata sistem ini lebih memberi pendekatan kepada masyarakat untuk lebih mengenali tanda-tanda banjir.

“Maklumat yang ada pada laman web ini dibuat secara terus, bermakna masyarakat akan mengetahui bila bencana banjir yang berlaku malah segala amaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

See also  Yayasan Suria and Ihsan Johor aid Kelantan flood victims

“Ini kerana terdapat sesetengah kawasan yang berisiko tinggi telah di lengkapi dengan kamera yang dipasang untuk memberi gambaran yang jelas kepada
masyarakat,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bencana banjir hanya perlu menaip ‘Public InfoBanjir’ di internet malah turut terdapat di
Facebook’ atau Twitter.

Selain itu, Ahmad Husaini berkata, MSMA edisi kedua merupakan penambahbaikan kepada satu manual untuk mudah dirujuk dan difahami oleh golongan perunding dan
jurutera yang terlibat dalam bidang sistem saliran bagi kawasan-kawasan pembangunan.

“MSMA sebelum ini mempunyai 20 jilid kini… kita buat dalam satu buku sahaja,dengan adanya edisi ke-2 ini lebih lengkap dan dapat meningkatkan sistem
saliran air negara,” katanya.

– Bernama