Mayat ditemui di tangga rumah kedai di Ampang

Mayat ditemui di tangga rumah kedai di Ampang

Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di tangga kecemasan tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Cahaya, Ampang, tengah hari tadi.

Photo by Flee

Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di tangga kecemasan tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Cahaya, Ampang, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui pada pukul 11.50 pagi tadi dalam keadaan terduduk dan hanya berseluar pendek.

“Kita tidak dapat mengenal pasti sama ada lelaki itu mempunyai kecederaan luaran atau tidak kerana mayatnya telah reput,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan pada waktu ini kes disiasat sebagai mati mengejut, kata Amiruddin.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata beliau menyedari kewujudan mayat itu apabila terhidu sesuatu yang busuk semasa membersihkan kawasan itu.

– Bernama

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →