Majlis jualan kebajikan telah diadakan oleh Yayasan Tzu Chi cawangan Klang pada 17hb September 2012.
Majlis ini telah mendapat sambutan yang hebat dan hangat dari penduduk di sekitar Klang.
Lebih dari 3000 pengunjung telah memeriahkan majlis amal ini.
Pelbagai makanan sayur-sayuran, minuman, peralatan elektrik, barangan kitar semula, buah-buahan, pakaian dan sebagainya telah dijual bagi mempelbagaikan jualan dan mengembirakan para pengunjung yang hadir pada majlis ini.
Para pengunjung berpeluang mencuba makanan, mendapat cabutan hadiah bertuah dan bermesra dengan sukarelawan bagi mengenali dengan lebih dekat aktiviti amal yang dilakukan oleh yayasan ini.
Majlis yang lebih memberi fokus kepada mesra alam dan kebajikan ini, menggalakan penggunaan beg plastik dengan membekalkan beg kitar semula di samping menggunkan bekas makanan kitar semula.
Menurut sekarelawan yang terlibat dalam aktiviti ini, mereka telah memulakan kerja-kerja memasang kanopi serta persediaan awal semenjak 16hb September dan penjualan kupon sejak sebulan yang lalu.
Lebih dari 200 sukarelawan telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis jualan kebajikan ini. Hasil jualan amal dan kebajikan ini akan dipergunakan bagi pembinaan dewan serbaguna di Kuala Lumpur yang akan menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kelak.