Seorang lelaki yang dilapor terjatuh ke dalam Sungai Perak, dekat Teluk Intan, 100 km dari Ipoh malam tadi, ditemui mati lemas.
Mayat C. Hariharen, 23, ditemui terapung di sungai itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 10.50 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata lelaki berkenaan dilapor terjatuh ke dalam sungai itu pada pukul 8 malam ketika dia berjalan bersendirian di tepi sungai itu.
Mayat lelaki itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia dilapor terjatuh, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata mayat itu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
– Bernama