Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 Nov, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 6 Nov 2011,” katanya.
– Bernama